Sunday, August 23, 2009

Selamat Hari Guru



Tahun ini, Hari Guru disambut lagi sebagai mengenang segala pengorbanan dan titisan keringat guru di seluruh negara. Sebagai Naib Canselor di sebuah universiti yang melahirkan graduan pendidikan yang berbakti di serata pelusuk tanah air, saya berterima kasih kepada semua guru yang memilih kerjaya mulia ini. Guru tidak pernah sunyi menghidupkan ilmu bukan sahaja demi survival dirinya, tetapi memikirkan nasib generasi hari ini yang bakal memimpin pada hari esok. Justeru, guru akan selalu prihatin terhadap masa depan anak didiknya. Kejayaan kita hari ini menjadi insan yang berjasa kepada masyarakat dan negara, adalah kebahagiaan di hati seorang guru yang menjadi ukiran sejarah hidupnya. Ketika kita berdiri di anjung kejayaan hidup ini, sesungguhnya budi guru menjadi bunga-bunga yang menghiasi halaman. Bakti guru ibarat embun memberi dingin kepada wajah anak-anak bangsa yang menadah ilmunya dicurahkan. Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.

Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob
Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris


No comments:

Post a Comment