Friday, August 28, 2009

Al-Quran:Terapi Jiwa

Jumaat-28 Ogos Hari ini, aku sempat melapangkan masa spt hari-hari sebelumnya, mengagahkan kaki utk mengikuti satu ceramah ilmu yg di sampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Haji Dzulkarnaian B Hamzah(aku tak kenal pun slbm ni), tp takper....sbb rasa gian yg amat utk mengikuti seramah ilmu sprt ini aku pg jgk. Sedang kaki melewati ke auditorium JPA, tidak plk kelihatan manusia-manusia yg dahagakan ilmu agama sperti semalam.Cet...rupa-rupanya semua sudah ada di dalam. Lantas hati tertanya adakah aku tersalah dengar maklumat semasa perhimpunan pg tadi?Hah....mmg sah,majlis dah start kul 10 pg sdenagkan aku baru smpi ke audi jam 11 pg,Aduh!!!Rugi sejam....Tatkala aku menerjah masuk ke dalam audi, terdengar laungan suara menyebut Kalimah Allah yg begitu menyentuh hati. Tanpa membuang masa yg telah sedia terbuang(itu lah manusia selalu lalai dek keindahan dunia), bangku di hujung sekali menjadi pilhan aku kononya klu blh tanya soalan mcm ceramah semalam bersama Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz, tapi rupanya, telahan aku salah kerana kali ini bukan sesi mini forum tp lebih kepada pengahayatan memahami bait-bait kalam Allah.

Aku terus mendengar dengan penuh teliti dgn intipati ceramah yg disampaikan, ternyata penceramah ini bkn calang-calang ustaz. Setiap kalam Allah yg diucapkan dgn lenggok lagu dan suara yg lunak ternyata menyentuh hati siapa sahaja yg mendengarnya. Setiap zikir yg dilaungkan bersama menyebabkan air mata ini hampir menitis merasakan betapa manis nya iman dan betapa indahnya kalam Allah sekiranya umat manusia memahaminya.

Satu perkara yg aku tak pernah terfikir, bagaimana lagu-lagu P.Ramlee dapat bertahan begitu lama sehingga hari ini.Dengar beratus kali pun tetap rasa seronok dan menyeronokkan. Rahsiannya......jeng..jeng...(cam bunyi dalam filem P.Ramlee-Do Re Mi) rupa-rupanya lagu-lagu P.Ramlee diilhamkan menggunakan lagu-lagu Al-Quran spt lagu nahwa, bayati, n seumpanya yg aku tak sempat nak tulis masa dgr td.Sbg contoh lagu hit saloma"Sedangkan lidah lagi tergiigit inikan pula suami isteri)pandai2 la korang lagukan.Tapi itu la bain-bait lagu yg menyerupai lenggok lagu nahwan.

Betul la kata para umalak, Al-Quran mesti difahami dan dibaca dengan penuh perasaan, ihklas dan berilmu. Aku amik cth la Surah Al-Fatihah yg kita selalu ucapkan ketika solat, berapa ramai dari kita yg faham maksud surah tersebut termasukalah aku. Walhal itu lah surah yang istimewa dan merupakan doa ketika dalam solat.Cuba bayangkan berapa lama kita solat tp kita tak pernah nak tau maksud ayat tersebut.Maka kosongla la jiwa insan makhluk Allah yg bergelar manusia. Benarla solat itu mencegah kpd kemungkaran,tp tak guna jgk solat klu asyik buat maksiat kat muka bumi Allah ini.Ituah tandanya umat manusia yg lemah imannya(termasuklah aku yg hina ni) tidak pernah menghayati hikmah disebalik solat yg Allah kurniakan kerana solatla yg membezakan orang islam dan yg maha kafir.Jd jangala tinggal solat.

Si ustaz sempat mengajarkan beberapa doa yg blh diamalkan dan dihayati utk kesejahteraan umat manusia.Aku tulis dalam bahasa rumi la, nak tulis jawi kt pc opis ni mana ada, Doa-doa tersebut seperti, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Hafiz(yg memelihara), Ya muhaimin, Ya Maali , Al Bariu-(yg menyembuhkan) ulang la mcm kiter berzikir(tp nak feel kena la pandai bt lagu mcm mana). Amalkan la setiap hari utk mengelak daripada ditimpa bencana dunia.

Majlis ilmu ini tamat tepat kul 12 tgh hari. Aku pun berjalan pulang ker work station seterusnya utk ke masjid. Seingat aku ini lah kali pertama dlm hidup aku, aku sampi ke masjid(putrajaya) kul 12.20 tgh hari.Kt kg pun tak seawal ni.Tp mungkin kesedaran dan penagan majlis ilmu td yg menyentuh hati maka roh dan jasad kau terasa ringan utk ke masjid dgn lebih awl.Syukur Alhamdulillah......Cerita dalam masjid tak yah la cerita, nnt dikata riak plk buat ibadah.

Titik.

Thursday, August 27, 2009

Fadhilat Solat Tarawih Di Bulan Ramadhan

FADHILAT TARAWIKH
KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."

Sunday, August 23, 2009

Selamat Hari Guru



Tahun ini, Hari Guru disambut lagi sebagai mengenang segala pengorbanan dan titisan keringat guru di seluruh negara. Sebagai Naib Canselor di sebuah universiti yang melahirkan graduan pendidikan yang berbakti di serata pelusuk tanah air, saya berterima kasih kepada semua guru yang memilih kerjaya mulia ini. Guru tidak pernah sunyi menghidupkan ilmu bukan sahaja demi survival dirinya, tetapi memikirkan nasib generasi hari ini yang bakal memimpin pada hari esok. Justeru, guru akan selalu prihatin terhadap masa depan anak didiknya. Kejayaan kita hari ini menjadi insan yang berjasa kepada masyarakat dan negara, adalah kebahagiaan di hati seorang guru yang menjadi ukiran sejarah hidupnya. Ketika kita berdiri di anjung kejayaan hidup ini, sesungguhnya budi guru menjadi bunga-bunga yang menghiasi halaman. Bakti guru ibarat embun memberi dingin kepada wajah anak-anak bangsa yang menadah ilmunya dicurahkan. Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.

Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob
Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris


Detik & Waktu

Saya pernah terbaca kata-kata yang indah, dicatatkan nama penulisnya Corita Kent, antara lain berbunyi,
"Cintailah setiap detik waktu itu. Bunga mekar dari celah kegelapan malam. Setiap detik waktu itu sentiasa penting dan diperlukan. Ia mempengaruhi keseluruhannya. Hidup adalah peralihan dan penggantian detik-detik waktu seumpama itu. Maka kejayaan adalah pada setiap saat kita menghidupkan setiap detik itu."

Syurga & Neraka

Antara kebaikan dan keburukan, jarang-jarang ada perkongsian kepercayaan yang jelas antara keduanya meskipun setiap orang mengakui kebaikan itu sememangnya baik dan tidak akan memburuk, manakala keburukan itu ada potensi menjadi baik. Cuba renung pemikiran yang dikandung oleh kefalsafahan peribahasa Cina ini:
"Syurga mempunyai jalan, tetapi tiada seorang pun melaluinya; neraka mempunyai pintu masuk, tetapi manusia berebut-rebut menggali-gali bumi untuk memasukinya."
(Peribahasa Cina)

Perilaku Manusia

"Dengan mencetuskan pelbagai perilaku dalam hubungan kita dengan orang lain, kita berlaku adil atau tidak adil; dan dengan mencetuskan perilaku tatkala berhadapan dengan ancaman dan bahaya, kita dibiasakan dengan perasaan bimbang ataupun yakin, lalu kita menjadi semakin berani ataupun pengecut... kerana apabila kita dibiasakan untuk berdiri teguh lalu menahan dan mengharung segala keburukan dan kepayahan, kita akan menjadi berani; sesudah itulah kita kemudiannya mampu bertahan dan berhadapan dengan apa sahaja yang menghalang."

Aristotle (350 SM)

Cerita Seorang Guru

"Disini Seorang Guru Dilahirkan,
Disinilah Dirimu Terbentuk,
Yang Mendidik Anak Generasi,
Tidak Pernah Lelap Menatap Buku,
Melayari Samudera Ilmu,
Mencari Tanah Budiman Kerana,
Ingin Menjadi GURU Mesranya Dipanggil CIKGU
Gagah Mengukir Kaca Menjadi Intan"

C - Celik
I - Insan
K - Kerana
G - Guru
U - Unggul