Wednesday, September 2, 2009

Cabaran!!!

Rabu-2 September 09 Seperti hari-hari biasanya, aku dan teman seofis menjengah ke auditorium JPA untuk mendengar ceramah penerapan nilai-nilai murni di Bulan Ramadhan (bertuahnya kita blh jumper lg bulan Ramadhan). Entah tahun depan, cukup lg ker saham aku di sisi Allah untuk terus dipanjangkan umur mengecapi keindahan dunia yang sementara ini. Hari ni tajuknyer ialah "Cabaran Prestasi Cemerlang di Bulan Ramadhan Al-Mubarak".

Cabaran bermula,

Dengar tajuknyer pun dan buat aku terasa mmg nak pg sejak dah diumumkan masa asmmbly pagi.Penceramahnyer pun bukan calang-calang jugak. Tak kurang hebat dengan 6 orang penceramah yg aku dah dengar dlm siri-siri ceramah sebelum ni.Ini tak termasuk ceramah Nik Aziz Lagi.Hahahh....Best...mmg best. Kadang-kadang terfikir jgk aku, kenapala majlis ilmu sebaik ini tak diteruskan jer pada bulan-bulang yg lain. Paling tidak pun seminggu sekali pun dah cukup dan seelok-eloknyer di buat pada hari Jumaat. Sah-sah berlipat ganda lg la amalan kat dunia ni bg org-org yang kurang dengar ceramah kat surau@masjid(tu...termasuk la aku).Inilah antara masa dan ketika utk mengingatkan diri seorang muslim yg mmg selalu alpa dek keindahan dunia.

Cerita dah....

Awal ceramah ustaz bt simple calculation ttg kehidupan didunia ni. Memang aku pun tak pernah terfikir nak bt kira-kira camni apatah lagi ttg hidup kita kt dunia ni.Jadi ustaz bt perumapaan mudah mengenai usia normal manusia dlm umur rakyat Malaysia iaitu lebih kurang 65 Thn. Itu pun klu ada yg panjang umur dan boleh sampai usia tu, kira bertuah la dan rezki dr Allah S.W.T. Kiraan ni menagmbil kira usia baligh lelaki dan wanita iaitu :

Lelaki : 15 Tahun
Wanita : 12 Tahun
(Rasionalnya ialah selepas baligh la segala amal buruk dan baik kita akan mula dihitung satu persatu)

Contoh kiraan :

Utk Usia 65 thn - 15 Thn = 50 thn

Caculation 1 : Masa Tidur Kita
1 Hari Tidur X 8 Jam X 365 hari X 5o Thn = 1,46000 jam
Tukar kpd tahun = > 16 Thn

Calculation ke-2 : Masa Bekerja
12 jam X 365 X 50Thn = 2, 19000
Tukar kpd tahun = > 25 Tahun

Calculation Ke-3 : Masa Rehat(tidak termasuk tidur)
4 jam X 365 X 50 thn = 73,000
Tukar kpd thun = > 9 Thn

Jumlah Keseluruhan = 16thn + 25thn + 9thn
= 50 Tahun.

Sekarang bandingkan masa solat+ibadah-ibadah lain :

1 jam utk solat 5 Waktu X 365 X 50 thn
Tukar kpd thn = > 10 Thn.

Persoalannya : Adakah kita mampu menempah syurga Allah dengan hanya melakukan ibadah selama 10 Thn? Itupun kalau kita benar-benar diberikan rezki oleh Allah utk hidup selam 65 Thn?

Jawapannya....

Kerana itu Allah hanya mengurniakan sebaik-baik bulan ialah bulan Ramadhan. Ketika bulan ramadhan hampir ke penghujungnya, para sahabat menangis khuatir mereka tidak dapat bertemu di bulan semulia ini pd thn-thn akan dtg. Tetapi kita hari ini, berkira-kira berapa hari yg tinggal utk menyambut hari raya aidilfitri tanpa sedikit pun memikirkan bahawa adakah kita mempunyai rezki utk bertemu semuala bulan semualia ini pada bulan ramadhan. Kerana itu Allh memberi sebaik-baik ganjaran pahala adalah pada bulan ramadhan utk menjadi dana@saham kita dan "top up" pahala yg secukupnyer utk membeli syurga Allah nanti. Bulan Ramdhanlah masa yang amat berfaedah dan berguna utk kumpul dana utk "booking syurga Allah.

Fikir-fikirkanlan....

Sepanjang ceramah ni jgk, ustaz ada tayangkan beberap video dan paparan menarik antaranya seekor singa di Zoo Rusia yang menyebut nama Allh ketika masuknya setiap kali waktu solat 5 waktu. Suara ngauman singa tersebut yg cukup jelas menyebut kalimah ALLAH benar-benar membuktikan dengan cukup jelas kebesaran Allah S.W.T. Rugi saper tak dengar ngauman singa ni.Hahaah..

Yang jelasnya sepanjang ceramah ini, ustaz menyabutkan 3 perkara yg amat penting sbg seorang muslim iaitu Akidah, Syariah dan Akhlak yang ditunjukkan dalm betuk piramid.Aku nk citer kang tak muat space plk.Banyak lagi isi-isi ilmu berguna nak tulis. Yang lebih-lebih tu InsyAllah blh ditulis dan diceritakan pada coretan yang lain. Setakat ini dulu. Semoga kita mendapat manfaat daripadaNya. InsyAllah...


No comments:

Post a Comment