Friday, September 18, 2009

KPI Ramadhan

29 Ramadhan 1430H : Hari ini, tinggal baki satu hari lagi umat islam bakal meraikan Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Saat ibadah di bulan yang amat mulia disisi Allah yang telah dikurniakan kepada hamba-hambanya untuk meraih sebanyak mungkin bekalan dan memburu malam Lailatul Qadar yang didamba oleh setiap hamba Allah yang bertaqwa. Tatkala persoalan ini bermain di lubok fikiran, bergelojak dalam kolam perasaan yang menghimpit....bilakah masa dan ketikanya diri yang hina ini mampu mendapat hasil buruan di malam Lailatul Qadar yang manfaatnya lebih baik dari 1000 bulan. Mas dan ketika ini juga, rasa dan perasaan diterjah dengan persoalan adakah aku akan bertemu lagi pada bulan Ramadhan yang penuh mulia ini untuk terus bersedia dengan kelengkapan dan alayan yang sesuci mungkin untuk terus memburu malam Lailatul Qadar ....

Manusia dan mereka yang sibuk membincang, merangka, mencongak KPI para pak menteri dan sekaliannya untuk mencapai KPI yang memuaskan hati rakyat sedangkan dalam masa yang sama langusung tidak menghiraukan KPI utama terhadap Allah pentadbir alam ini untuk terus taat kepada ketentuannya sebagai seorang hamba? Allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani hambanya yang telah menyediakan bulan Ramadhan ini dengan segala macam kebaikan dan manfaat utk umat manusia mencapai KPI yang sepatutnya didambakan oleh hamba-hambanya. Namun.....tatkala Ramadhan mengahkiri malam-malamnya, suasana di surau dan masjid kembali lengan seperti bulan-bulan kebiasaannya, kembali susat hamba-hamba utk berjemaah di rumah-rumah Allah. Apa yang pasti....umat manusia khasnya di bumi Malaysia ini lebih gemar berpusu-pusa memburu baju-baju raya, kasut baru yang bergaya di KAMDAR daripada sujud kepada Allah di malam hari utk memburu Lailatul Kadar.

Lantaran itu, kita dituntuk utk memuhasabah diri tentang kualiti taqwa yang telah kita capai dalam bulan yang mulia ini. Adakah kita semua telah benar-benar memanfaatkan bulan ini dengan penuh keimanan dan ketqwaan kepada yang maha pencipta? perkataan "ramadh" itu sendiri bermaksud membakar, dan tafsirannya bg para ulamak bulan untuk membakar dosa sepanjang masa yg telah lalu. Aiditfitri itu sendiri bermaksud fitrah iaitu kembali ke fitrah asal kejadian manusia yang suci dari segala dosa tatkala dilahirkan di dunia ini. Maka....sekiranya ita berjaya membajar dosa-dosa lampau pada bulan ramadhan itu sendiri, maka layakla utk kita merayakan Aidilfitri sesuai dengan maknanya kembali ke fitrah yang suci. Satu ceramah yang pernah aku dgr mengenai bulan penyucian dosa ini mereka yang penuh dosa dan noda tidak akan "dihidangkan" di depanNya sebagai seorang hambanya sebaliknya mereka harus melalui proses pembakaran dosa di neraka Allah terlebih dahulu sebelum di bawa ke mahkamah Allah yang maha adil. Ini perumpamaan yang mudah contohnya apabila kita mahu makan seketul daging, kiter perlu merebusnya terlebih dengan air yang mendidih supaya hilang segala kuman-kuman yang ada dan selamat utk dimakan. Begitulah bahawa Allah tidak akan menerima hamba-hambanya yang dalam keadaan penuh dosa untuk diampun sebaliknya kita memohon keampunan dan mencari keredhaan Allah sepanjang usia kita.

Renungkan dan fikir-fkirkanlah....sejauh mana kejayaan kita membakar dosa yang terpalit sepanjang bulan Ramadhan ini. KPI nya mudah, tatkala kita melangkah keluar daripada bulan yang mulia ini, adakah kita masih mengulangi perbuatan maksiat yang pernah kita lakukan pada bulan-bulan sebelumnya padahal pada bulan ramadhan kita berpuasa dan memohon keampunan dari Allah yang maha pengampun. Adakah puasa kita satu ibadah atau adat semata-mata?...Semoga kita memperoleh keberkatan dan manfaat sepanjang bulan Ramadhan ini.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


No comments:

Post a Comment